Pesanan buat Kumbang dunia..
andai ada diantara kamu yang gagal..
Dalam berhajat mendapatkan cinta kaum hawa..
usahlah kau berhati walang..
Usah ditanya apa salah kamu pada dia..
Jangan disoalkan apa kurangnya kamu dan apa lebihnya dia..
Sebaliknya kumbangku..
Ucaplah syukur pada Dia..
yang telah memilih kamu untuk rasa kecewa..
Dalam berhajatkan cinta insani..
Tempiaskn tangismu dan bisikkan lah laramu..
Hanya pada Dia yang amat pemurah..
Kerana telah meminjam cinta itu padamu..
Adat meminjam haruslah dipulangkan..
Jangan pernah kau lupa akan kebenaran itu..
Pasti engkau masih didalam dilema kumbangku..
Masakan aku meminta kamu bersyukur bukan..
Pasti kamu memikirkan aku gembira atas kesedihan kamu..
Tetapi itu semua jauh dari benar..
Aku pinta supaya kamu bersyukur kerana harga kamu terlalu bernilai..
Kerana itu kamu tidak layak dimiliki oleh insani yang berniat meyakitimu..
Kerana engkau harus bersyukur..
Bersyukur engkau terlepas dari tipu daya dunia..
Terhindar dari cinta yang dusta..
Dan terpisah dari Hawa yang tidak berniat menjadikan kamu teman hidupnya...
Doakan sahaja semoga hilangnya adalah hilang yang BERGANTI..insyaALLAH...
Duhai kumbangku..
Aku berpesan bukan hanya untuk kamu..
Tetapi aku berpesan kepada diriku juga..
Aku ingin menjadi teman hidupmu yang diredai wahai Adam... :')
Terhindar dari cinta yang dusta..
Dan terpisah dari Hawa yang tidak berniat menjadikan kamu teman hidupnya...
Doakan sahaja semoga hilangnya adalah hilang yang BERGANTI..insyaALLAH...
Duhai kumbangku..
Aku berpesan bukan hanya untuk kamu..
Tetapi aku berpesan kepada diriku juga..
Aku ingin menjadi teman hidupmu yang diredai wahai Adam... :')
:')
#semoga aku memperoleh Adam yg sgt jujur menyayangi aku dan sentiase mengingatkan aku jika aku terleka :')..Amin..insyaALLAH..
.jpg)
No comments:
Post a Comment